Kelas Pengajian Al Quran kini dibuka untuk  
KANAK-KANAK dan DEWASA.
Peringkat pengajian bermula dari ASAS hinggalah ke peringkat KHATAM Al QURAN yang meliputi  
IQRA' (Buku 1 - Buku 6) dan pembelajaran ILMU TAJWID.

Sila buat pendaftaran awal kerana tempat amat terhad!

Pendaftaran Kelas Pengajian Al Quran ini dibuka sepanjang tahun 
berdasarkan kepada kekosongan 

TAQDIM

Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Faathir ayat 29-30 yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara terang, mereka mengharapkan sebuah perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambahkan kepada mereka daripada kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”

Berdasarkan konsepsi firman Allah S.W.T di atas, jelaslah kepada kita bahawa betapa besarnya nilai dan ganjaran bagi mereka yang membaca Al Quran. Allah S.W.T menurunkan Al Quran adalah sebagai panduan hidup di dunia dan akhirat. Segala peraturan dan perundangan hidup di dunia ini adalah tertakluk di dalam Al Quran yang merupakan mukjizat yang tetap kekal walaupun melalui perubahan zaman dan masa. Al Quran tetap relevan sebagai sumber rujukan utama dalam segenap aspek kehidupan. Mukjizat Al Quran ini tidak akan menjadi usang walaupun sudah 1400 tahun ianya diturunkan, malah dikurniakan ketenangan hati kepada si pembacanya serta ganjaran dan pahala yang berlipatganda


OBJEKTIF
  • Melahirkan masyarakat yang celik Al Quran yang bukan hanya sekadar pandai membaca malah mampu mengamalkannya.
  • Menanamkan semangat cintakan Islam dalam diri para pelajar.
  • Melahirkan generasi Al Quran yang berkeperibadian muslim sejati.
  • Melahirkan generasi muda yang berakhlak dan mempunyai fikrah islamiah.

KURIKULUM PENGAJIAN

Kaedah & Sistem Pengajian

Kelas Pengajian Asas

Kelas pengajian asas akan menggunakan beberapa kaedah pembelajaran Al Quran yang dirasakan amat bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat moden hari ini dengan memperkenalkan suatu kaedah yang mudah dan berkesan.

Kaedah iqra’

Kaedah ini merupakan sistem pembelajaran yang sangat popular pada masa kini yang telah diperkenalkan dari negara Indonesia. Para pelajar akan menggunakan set buku Iqra’ dari jilid 1 hingga 6.

Kelas Pengajian Dewasa (tahsinul quran)

Kelas pengajian dewasa akan lebih memfokuskan kepada tilawah Al Quran sepenuhnya sehingga khatam 30 juzu' iaitu, memperbaiki bacaan, sebutan makhraj dan melancarkan bacaan serta pelajaran ilmu tajwid.


NOTA: Semua kelas pengajian akan menggunakan Al Quran jenis rasm ‘uthmani dan bacaan mengikut qiraat Hafs Al ‘Asim. Setiap kelas juga akan mempelajari ilmu tajwid.






TENAGA PENGAJAR

 USTAZ ABDUL HADI BIN MOHAMAD AL HAFIDZ
  • Pengajian Pondok Darul Muhajirin, Narathiwat, Thailand
  • Shahadah Hifz Quran (Ma’ahad Tahfidz Balai Da’wah)
  • Tauliah Mengajar/Berceramah (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI))

USTAZ HERBALIS HISHAM BIN MOHAMAD AL HAFIDZ
  • Berkelulusan dalam bidang Perubatan (KPJ), Pengajian Islam (Syariah) dan Psikologi & Kaunseling (Jamiah Islamiah Putra)
  • Shahadah Hifz Al Quran (Ma’ahad Hira’ Litahfizil Quran)
  • Tauliah Mengajar/Berceramah (Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS))

USTAZAH HARIYANTI BINTI ROHMAT AL HAFIDZAH
  • Dip. Tahfidz wal Qiraat (Ma’ahad Tahfidz wal Qiraat Lil Banat, Negeri Selangor (Bukit Naga)
  • Tauliah Mengajar/Berceramah (Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS))

PENGENALAN ASAS ILMU TAJWID


Allah Ta’ala berfirman :
“Maka bacalah Al-Qur’an dengan tartil (yang sebaik-baiknya).”  (QS. Al-Muzammil : 4)

Rasulullah s.a.w bersabda : 
“Bacalah olehmu Al-Qur’an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat/pertolongan ahli-ahli Al-Qur’an (yang membaca dan mengamalkannya).” (HR. Muslim)

Rasulullah bersabda :
"Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya kepada orang lain.” (HR. Bukhari)

Pengertian Tajwid menurut bahasa (ethimologi) adalah: memperindah sesuatu.
Sedangkan menurut istilah, Ilmu Tajwid adalah pengetahuan tentang kaidah serta cara-cara membaca Al-Quran dengan sebaik-baiknya.

Tujuan ilmu tajwid adalah memelihara bacaan Al-Quran dari kesalahan dan perubahan serta memelihara lisan (mulut) dari kesalahan membaca.

Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan mengamalkannya yakni membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.

Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al Quran yaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan:

At-Tahqiq:
Bacaannya seperti tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf dari makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.

Tingkatan bacaan tahqiq ini biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca Al Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.

Al-Hadar:
Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan hadar ini biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dalam waktu yang singkat.

At-Tadwir:
Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan tartil dan hadar, serta memelihara hukum-hukum tajwid.

At-Tartil
Bacaannya perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya secara tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, merenungkan maknanya, hukum dan pengajaran dari ayat.

Tingkatan bacaan tartil ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan.

YURAN PENGAJIAN BULANAN



  • Pendaftaran Tahunan hanya dilakukan sekali setahun sahaja. 
  •  Kategori Kanak-Kanak bermula dari umur 7 tahun hingga 13 tahun
  •  Mereka yang berumur 14 tahun ke atas dikategorikan sebagai dewasa.
  •  Yuran bulanan pengajian hendaklah dijelaskan sebelum atau selewat-lewatnya pada 5 haribulan setiap bulan

JADUAL KELAS PENGAJIAN

Kelas Pengajian Al Quran ini dibuka kepada umum iaitu dari peringkat kanak-kanak dan dewasa. Kelas pengajian dijalankan hanya 2 kali seminggu.


Sila pilih hari dan waktu yang sesuai untuk anda.